Wednesday 5 October 2011

Penanggalan

Adus, semalam mimpi saya buruk betul. Mimpi antu datang. Nightmare! Cis, nasib baik mimpi, klu betul memang meninggal trus saya bersama2 mimpi tersebut (palis2).

Cakap pasal antu2 ni, pernah ka kamu mengalami perkara2 macam ni? Tida kisah la nampak antu ka, di pegang antu ka, menerajang antu ka, becinta dgn antu ka.. Yg penting berkaitan dengan antu2 la. Sebenarnya banyak pengalaman saya yg berkaitan dgn antu2 ni. Tida pasti la pula klu setakat perasaan saya ja ka ataupun antu2 tersebut yg perasan.

Tida kisahla kan sapa yg perasan tapi yg penting pengalaman2 yg telah saya timba tempuhi memang menyeramkan, menakutkan, kadang2 boleh buat muntah juga sebab menyampah. 
Teringat masa muda2 dulu (masa sekolah rendah) di mana kampung kami masa tu heboh pasal antu penanggalan (balan-balan bagi penduduk sabah). 

Dikatakan masa tu terdapat beberapa pendatang asing (pilak) yg diambil bekerja oleh salah seorang penduduk kampung kami (untuk tabasan la tu) mengamalkan ilmu hitam balan2 ni. Gempur lapan satu kampung pasal balan2 ni. Apalagi masa tu terdapat salah seorang makcik kampung yg sarat mengandung. Makcik tu pula dianggarkan akan beranak dalam masa 2 atau 3 hari lagi. Apalagi, semua cemas, semua panik, tidak kurang ada juga yg geram entah kenapa.

Persediaan untuk menyambut kelahiran anak tersebut dibuat dengan rapi. Sempat jugala saya melawat rumah makcik tu. Segala pantang larang nenek moyang dituruti. Jendela rumah makcik tu diletakkan jaring, batang limau kasturi diletakkan di sekitar rumah. Ini semua dilakukan untuk menghalang kegiatan pecah rumah yg digemari oleh balan2. Guard2 dilantik oleh JKK kampung. 

Batang2 limau dihias dengan kreatif di sekeliling rumah.

Bila ditanya, "napa makcik tidak pergi hospital saja?"
"Makcik tak biasa la guna bidan hospital, sdh 9 org guna bidan kampung, makcik mau bidan kampung saja."

Ceh! veteran la kunun. Bukan selalu bah makcik.
Maka selamat la makcik tu diberanakkan. Masalah lain pula yg timbul, dorang kata balan2 tu tidak puas hati sebab tidak dapat 'makan'. Saya pula tidak peduli sangat cakap orang ni. Ego la katakan. Rasa kuat sudah.

 Terdapat guard2 yg terlampau bersemangat.

Jadi alkisah pada hari seterusnya (selepas malam makcik tu beranak) perut saya ni buat hal, dari pagi mau ke tandas ja. Pagi p tandas, tengahari p tandas, petang p tandas.. setiap 2 jam mau p tandas lagi tu! Taandas ja. Buring suda sa p tandas hari tu. Sudahla time tu tandas kami jauh dari rumah, perlu meredah onak dan duri dulu baru sampai tandas. Maklumla masa tu belum maju kan. Adaka patut tengah malam tu perut saya menuntut p tandas. Mau tidak mau terpaksa la saya turutkan, meredah la saya onak dan duri sambil angkat air dalam baldi, pada jam 1 pagi tidak berbaju (entah napa malas betul mau pakai baju masa tu).

Tandas kami memang seram dan terpencil.

Bunyi-bunyian pelik dari luar tandas membuatkan saya berasa seram. Terbayang2 ni ekspresi muka tu balan2. Balan2 ja yg paham degupan jantung saya masa tu. Rasa macam saya sedang diintai juga tp saya tidak peduli. Siap ja melabur*, sebelum keluar dari tandas tu saya intai dulu keadaan di luar melalui celah lubang pintu. Ya, pintu tandas kami masa tu memang berlubang2 (kecil saja). Apa boleh buat la kan. Berguna juga tu lubang2.

"Yes, selamat! Hehe.. Keluarla.."

Dengan degupan jantung berfrekuensi tinggi saya melangkah keluar dari tandas. Tiba2 bulu roma seluruh badan saya meremang dengan mendadak.

"Shhhst.. haaaahh.. Shhhhsshsst.. haaaahhhhh.."

Bunyi nafas yg bertenaga entah dari mana, terasa betul2 dekat telinga saya. Hembusan nafas tu juga terasa betul2 di bahu saya. Bunyi ular ka? Ada ular di telinga sa ka apa ni? Teringat pula org2 tua di kampung ada cakap klu balan2 betul2 dekat dgn kita, begitula la bunyi dia. Tidak kisah la macammana dan kenapa bunyi dia macam tu tapi tu la yg saya dengar. Macam mau juga toleh p belakang tengok betul ka tidak tapi balan2 tu ja yg tau betapa menggeletarnya tubuh saya masa tu.

Sekali lagi, kali ini dengan penuh nafsu serakah.
"Shhhsssshhst.. haaaahhhh.. Shhhhsshsst.. hhaaaahhhhh..!"

Terbayang di kepala saya balan2 tersebut sedang mengangakan mulutnya dengan luas!

Kadar degupan jantung saya meningkat, adrenalin dirembeskan. Saya membuka langkah beribu-ribu. Onak dan duri saya ratakan, selipar saya hilang di tengah larian. Rasa macam lari atas angin. Rasa juga macam ada yg terbang ikut di belakang.

Sapa la yg tida tekejut kan. silaka.

Sampai ja di tangga rumah saya pun menoleh ke belakang. Tiada pa2 juga punn.. Cis..
Pintu tandas (yg tadi saya lupa tutup) tiba2 tertutup secara mengejut dengan bunyi yg kuat (bayangkan org yg sedang marah menutup pintu). Begitulah pintu tandas tu ditutup. Ada benda sedang terbang dengan laju ke arah pokok di belakang tandas kami. Punyala.. tu balan2 marah saya ka apa ni.. 

Apa salah saya? Hah? Saya p tandas saja bah! Silaka punya balan2!

Malam tu saya tidur dalam ketakutan. Yalah, takut2 klu dia p melawat saya melalui jendela kan. Keesokkan harinya perut saya tidak meragam lagi. Demam pula datang melawat saya.
Rasa macam tidak percaya, macam percaya juga. Betul ka ada balan2? Klu betul ada, saya harap pengamal ilmu tersebut dijahanamkan oleh ilmu dia sendiri. Saya masih trauma sampai sekarang, saya trauma dengan tandas yg jauh dari rumah. Nasib baik tandas kami sekarang tidak begitu lagi.

Apa2pun, berhati2 la anda diluar sana!

3 comments: