Thursday 22 December 2011

Bassist

Tidak lama lagi satu majlis hari keluarga secara besar-besaran akan diadakan d kmpung saya. Sebenarnya bukan ada kaitan dengan keluarga kami pun, keluarga orang lain. Diorang rancang laksanakan majlis tersebut tahun ni dengan diiringi muzik band, live band.

Mula2 saya nda kisah sangat la, suka hati dorang la mau buat karaoke ka, band ka. Kalau ada okestra lagi bagus. Tiba2 tadi jam 9.00 malam bersamaan dgn hari khamis dtg pula sms mo pinjam gitar elektrik (gitar karen) saya. Oleh kerana saya mengamalkan semangat rukun tetangga dgn besar hati saya pun bagi pinjam ja.

Masalahnya, dorang ada set drum ja. Gitarnya mana? Speakernya mana? Ha? Pemain pun tiada? Apalah diorang ni, angan2 ja tinggi. Terpaksa la saya dan kwn2 rock kapak yg lain dijemput utk main (utk pengetahuan, sa benci rock kapak, tlmpau jiwang to da max). Nasib baik la kwn2 yg lain ada gitar jg. Cuma gitar bass ja yg tiada.

"Udin, ko tiada gitar bass ka? Mana lengkap band tiada gitar bass."
"Tiada. Kamu tahu sudah tiada gitar, napa kamu mau buat live band juga..?"
"Ba, ko la tulung beli, ko kan banyak duit. hehehe"
"Ko ingat tu gitar mcm kui pisang ka boleh beli suka hati?"

Sikit lg sa mau flying kick dia masa dia "hehehe". Klu murah cam kui pisang ka, kui gelang ka bukan setakat gitar bass sa beli, kui karipap pun sa beli ba. 

Klu difikir2, memang ganjil la live band klu tiada gitar bass kan. Susah orang2 tua mo bejoget. Tengokla dulu mcmmana, klu ada rezeki, ada la tu gitar. Ngam2 lagi masa ni sa sedang gila seni bass. Buang duit lagi. haissh..

Kenapala ko mahal ah?

Saturday 10 December 2011

Kalkulator

Pernahkah kamu jumpa org yg sangat suka berkira pasal duit tahap kritikal di mana tahap tersebut membuatkan kamu menyampah dan menjadi kenangan pahit bagi kamu?

Sa pernah dan selalu jumpa orang mcm ni.  En. K yg selama ni merupakan kwn sa sejak dari tingkatan 1 punyai perangai sebegini. Dulu masa kami muda2 nda perasan betul la perangai dia ni. Perasan juga, tapi masa tu bukan sa yg kena. En. K ni suka jadi bendahari sukarela.

Ok, satu situasi yg membuatkan sa menyampah tahap dewa ialah ketika sa terserempak dengan En. K dan rakan2nya yg sedang memanggang ayam, ikan dan sebagainya di rumah diorang. Masa sa sampai tu, diorang sudah siap panggang apa yg patut, tinggal makan lagi la. Sa nda join pun diorang makan, tau malu juga kan sebab mana boleh tiba2 p mendaftar mau makan sedangkan nda buat apa2 tolong diorang panggang ayam.

Tiba2 lepas siap makan tu, En. K datang duduk di sebelah sa.

"Din, ko ada RM5?"
"Utk apa RM5? Sa tiada bawa duit ni sekarang."
"Aii.. takkan ko nda tau, harga tu ayam, arang dan sebagainya tambah tolak semua RM5 setiap seorang la."
"HAAA...?"

Sa tiada pun makan ayam, cium asap ada la. RM5? What the hell?
Lama kami berdebat, En. K ckp dia ada nampak sa makan tadi. Mana ada! Malas mo buat masalah, sa bayar RM5 dengan bibir muncung. Dengar2 rakan2 yg lain byr lebih mahal dari sa sebab dorg makan ayam, sa pula makan asap ja.

Nda lama lepas tu, dia ada ajak lagi mau buat aktiviti panggang2 ayam ni. Tapi, ish.. nda mau la. Nanti garam pun dia kira. Sedangkan asap ja pun harga RM5 sudah. Kalau makan ayam entah berapa la dia minta nanti. Tuhan ja yg tau.

Banyak sudah rakan lain yg jadi mangsa dia ni. Semua pun menyampah dengan perangai dia. Apa2 ja aktiviti, sewa padang bola utk futsal? Merana pemain2 bola yg terlibat sebab kena tagih hutang dengan harga yg tidak berpatutan. Ni belum kira trip jauh pergi memancing dan aktiviti2 lain. Pendek kata, apa ja aktiviti yg melibatkan pungutan duit dan melibatkan En. K memang buat orang menyampah.

Orang lain yg mengenali perangai dia sangat la menyampah sampai En. K digelar kalkulator bergerak atau buku hutang bergerak. 

Panggang sosej mcm ni En. K cas setiap seorang RM4. (8 orang, 5 bungkus sosej, RM2.90 setiap satu). WTF?

Sampai la sekarang, En. K tidak didaftarkan ke dalam mana2 aktiviti yg melibatkan duit. Peranan En. K sebagai bendahari utk apa2 aktiviti telah digantikan oleh orang yg lebih berkelayakan. Sa serik jumpa orang macam ni, terlalu berkira dan suka mengambil kesempatan. Jangan jadi mcm En. K.

Wednesday 7 December 2011

Kinect!

Baru2 ni kakak sa yg berada di Sarawak pulg bercuti ke rumah bersama suami dia. Sampai2 ja di rumah dia tanya sa, "din ko ada kinect?". Sa pun tekejut la, belum smpat lagi sa sambut salam dia sudah ada soalan.

Full body gaming without controller!

Sa jawab sa belum ada, kenapa la. Kakak sa cakap dia pun ada xbox juga, baru beli. Cis! ikut2 sa la tu. Dorg nda bawa xbox dorg, tp banyak cd game dorg bawa (suami dia la yg bawa). Syurga la sa, semua game yg latest lagi tu. XD

Xbox kakak sa jenis yg slim, susah mo jumpa xbox phat skrg, smua slim. Dorg ejek2 tu xbox sa gumuk lagi tu. Punyala.. Mentang2 dorg punya baru. Kakak sa ada ckp dia mau beli kinect, di Miri harga kinect RM 350 ja. Di tawau RM 600 (kedai tauke lintah darat), KK nda tau la, mungkin dalam RM 400 lebih juga. Sa nda berapa pasti harga2 kinect yg latest.

"Ka, kenapa ko nda kc beli sa Kinect di Miri, di sana kan murah.."
"Astaga, kenapa ko nda kc tau awal2, sa tulung kc beli ko."
"Tp ka, sa blum ada duit ni."
"Ish, nda pyh byr ba, kakak blanja ko. Tulah ko nda kc tau awal2."

Wah! baiknya hati kakak sa! Ruginya sa nda bgtau awal2! Wah! T.T

Tapi kinect mc blh hold, blm ada lagi game kinect yg betul2 menarik perhatian sa pada masa ni. Sabar ja la, bukan rezeki kan. Apa2pun, antara game yg kakak sa bawa ialah Elder Scrolls: Skyrim, Batman: Arkham City, Assassin's Creed: Revelations. Semua ni kira mcm game free sbb bukan sa yg beli.

AC: Revelations screenshot

Elder Scrolls: Skyrim screenshot

Batman: Akrham city screenshot

Now playing Batman: Arkham City dgn mata terjojol keluar. XD