Friday 30 September 2011

Ada sesuatu di jendela saya! 3 am?

Beberapa malam yang lalu, entah napa saya lambat betul tertidur malam tu. Jam pun sudah menunjukkan 1.30 pagi tapi mata masih belum lelap.Sambil baring-baring dengar mp3, lebih kurang jam 2 lebih gitu saya pun tertidur. 
Mimpi malam tu syok betul tapi tak boleh bagitau.. hehe..

Ngam2 katil saya tu pula dekat jendela.huhu

Namun mimpi saya yang suasananya riang gembira (saya ketawa2 dalam mimpi malam tu) terhenti apabila saya terjaga akibat terdengar suara orang menangis.Pada mulanya saya fikirkan suara menangis tu adalah bunyi sampingan hasil daripada dengkuran rumate. 
Saya pun perhati la rumate yang sedang tersenyum masa tidur (mengigau la tu) tapi ternyata bunyi tersebut bukan hasil daripada beliau. 

Bunyi tersebut datang daripada tingkap. Tingkap saya pula terbuka luas (nasib baik ada palang besi).

"Takkan la ada guard yang sedang frust tengah malam ni, di tingkap saya lagi tu!"  masa tu degupan jantung saya menjadi semakin cepat, suara menangis tu pula semakin syahdu dan mendayu-dayu. Suara dia betul2 minta kesian (mcm org kelaparan) tapi dalam masa yang sama sangat seram dan annoying.

Ok, oleh kerana tingkap saya terbuka luas, saya pun tdk berani mau cek, takut2 masa syok2 tengok di luar tingkap silap2 nanti sumber yang menangis tu menyergah saya sambil mengeluarkan lidah yang panjang (dan beralun) serta bergigi taring. Gilaka?

Apakah perasaan anda apabila disergah oleh hantu seperti di atas? Adakah anda turut sama muntah?

Memang seram dan menakutkan betul la malam tu. Saya tdk sedar jam berapa sudah tertidur. Suara tangisan dia masih segar dalam ingatan saya. Harap-harap lepas ni tiada sudah. Kalau adapun, harap2 guard la yang menangis. Jangan yang menangis tu adalah seperti dalam gambar di atas atau lebih teruk lagi.

p/s: woi, kalau ya pun mau menangis, nangis la siang2! ndapun di tingkap org lain ka. Ini.. punyala.. silaka.

Wednesday 28 September 2011

Wordless Night





p/s: I love U too!

Microteaching. What?

Ok, entri pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai pengalaman saya melaksanakan pengajaran Mikro teaching di dalam kelas pada hari yang bertuah ini. Saya belum pun bersedia untuk mikro teaching (semua guru pelatih wajib buat ni) tetapi dengan muka selamba pensyarah sains kami berkata "Ok, saya mau kamu buat mikroteaching hari ni".

"Ha? Mikro teaching? hari ni? Minggu depan tak boleh?".

Oleh sebab yang demikian saya pun ikut sajalah. Hentam sajalah. Gagal pun gagal la. Lahahaha.
Apa yang seronoknya mikro teaching ni rakan-rakan sekelas akan 'berpura-pura' menjadi murid sekolah rendah. Rakan-rakan sekelas ni pula ada yang sporting dan ada yang keluar tanduk jahanam dari kepala dorang, mau kenakan saya la tu.. Cis!

Di belakang tu anda perasan tak banyak manusia bertanduk yang (sangat) kurang asam. 

Apa-apapun, waktu buat mikro teaching ni memang rasa gugup sikit (belum sampai tahap kritikal la). Depan murid sekolah rendah lain feeling mengajar ni. Depan rakan-rakan pula lain feeling dia. Memang berbeza la. Apa lagi bila ada rakan-rakan kita yang taksub dengan watak budak darjah tiga, budak pemulihan, hyperaktif.. You get what i mean.

Apa yang penting, giliran saya melaksanakan mikro teaching sudah berlalu, dan ini adalah berita buruk bagi rakan-rakan saya yang lain. Hahahaha! Aduh, tanduk di kepala saya ni gatal la.

Tuesday 27 September 2011

Super Mario Bros

Saya amat suka dengan permainan video.. Ops! Bukan permainan angry birds ataupun game-game yang sewaktu dengannya (plant vs zombie?). Permainan video yang saya maksudkan ialah permainan yang memaparkan persembahan grafik dengan lawa dan berjaya sekali di mana ia seakan kelihatan benar (macam tengok movie).

 Red dead redemption! One of my favorite games of all time. Permainan ini telah di anugerahkan sebagai "Game of the year 2010", "Best  story", dan "Best musics and voice acting".. 
Kenal tak game ni? haha.. Plant VS zombie! Saya rasa semua org pun pernah main game ni.. hahaha..

Err.. perlukah saya terangkan permainan di atas..

Ada orang suka baca novel sebab ceritanya best, orang tengok muvie sebab ceritanya best, orang dengar lagu sebab ceritanya best dan seperti yang anda jangkakan saya main game sebab ceritanya best, persembahan grafik dan custom tracks game tersebut. 
Memang best la! haha.. apa yang paling penting, masa kena jaga.. game jangan main sampai lupa mau tidur.. 

Eh, macam mengumpat diri sendiri pula rasanya.. *uhuk

P/s: kpd sesiapa yg tak kenal watak dalam gambar ketiga... kamu memang... hmm..

Monday 26 September 2011

First time blogging!


Ini adalah post yang pertama untuk blog yang pertama dalam hidup saya.. Saya adalah 100% sabahan.. So expect to see a lot of Sabahan terms dalam blog ini.
Saya tak pandai sangat berbahasa Inggeris, kalau manglish tu boleh la sikit-sikit.. So sekali lagi expect to see a lot of manglish terms dalam blog ini.
Blog ini saya khaskan untuk coretan minda saya, dan pengalaman yang boleh dikongsikan bersama.