Sunday 16 October 2011

Siboh kitak nangis

I've been hearing this song lately and I really like what the song means. Thanks to Eric, for introducing this song to me. Although I’m far from being a Sarawakian but this song really leaves traces in my heart. So I picked up my guitar and holla! The chords just keep popping in my head and I’ve decided to write it down for eternity. Hehehe.. I don't know if the chords was right for the song but from my ears, the chords play beautifully (depends on your plucking skills).
And for my dear Honey, I dedicate this song especially for you

Artist: Zee Avi
Title  : Siboh kitak nangis

C            Am7
Oh Sayang
         Dm7       G7
Siboh kitak nangis
C                      Am7         Dm7   G7
Mulut urang nang kadang kadang jaik
C              Am7
Oh Sayang
               Dm7   G7
Jangan ambik ati
C                           Am7
Tok kelak akan pergi
          Dm7   G7
Sik lamak agik

Cho:
Dm7          G7                    Cmaj7
Sik kesah ribut ka guntur ka kilat ka
F7                   Em         Dm7
Kamek akan di sebelah kitak
         G7             C
Mun kitak perlu kamek

C           Am7
Oh Sayang
             Dm7          G7
Udah gik kitak nangis
C                          Am7
Kamek sik suka nangga
         Dm7     G7
Kitak patah hati
          C
Oh Sik hal sayang
 Am7                     Dm7  G7
Dunia tok memang adil
       C           Am7             Dm7  G7
Asalkan kitak jangan lupak dirik

Dm7          G7                    Cmaj7
Sik kesah ribut ka guntur ka kilat ka
F7                   Em         Dm7
Kamek akan di sebelah kitak
         G7             C
Mun kitak perlu kamek
Mun kitak perlu kamek

p/s: Cmaj7 and C7 are different. Same goes to Gmaj7 / G7, Dmaj7 / D7 and so on. For some reason people always confuse about these chords.

Tuesday 11 October 2011

SplatterHouse 2010

I've beaten it! Akhirnya game yg bertajuk Splatterhouse Remake berjaya saya habiskan. Game ni dikeluarkan pada tahun lalu lagi, tahun 2010 tp baru skrg sa dpt main. So, tak pyh ckp panjang2, here's my personal review. 

 M for mature only.

Story game ni masih sama dengan SplatterHouse klasik, di mana anda menjadi hero yg bernama Rick dan ingin membalas dendam atas kematian / kehilangan kekasih anda, Jennifer. Game Splatterhouse yg pertama keluar pada konsol Namco system 1, 1988. So, tiada yg menarik dalam story Splatterhouse 2010 ni. Cuma plot dlm cerita diubah sikit. Tetapi klu kamu tidak pernah main game ni atau game2 klasik Splatterhouse yg lain, everything regarding the story will be a suprise for you.

Uh.. Nostalgia!

Gameplay game ni hampir sama dengan God of War ataupun Castlevania: LOS. Anda melompat, memukul, membuli, memutuskan, memijak, memotong dan pelbagai lagi perangai ganas boleh dilakukan kepada musuh anda yg kurang bernasib baik. Apa yg berbeza, karakter tidak mempunyai senjata tetap (cthnya spt Belmont dan Kratos mempunyai senjata berantai yg tidak pernah lepas dari tangan dorang). Rick hanya menggunakan tangan beliau. Senjata boleh jg dipungut di merata2 tempat but it wear down so fast. Senjata2 adalah seperti machete, btg paip, kayu besbol, chainsaw.. Game ni brutal, kamu akan melihat terlalu banyak darah dalam game ni. Nudity? this game features full frontal nudity (Jennifer).

Slps memakai ' the Terror mask', Rick menjadi telampau tagap..

Muzik dan grafik game ni pula berada pada tahap yg memuaskan. Ada masa kamu nampak grafik dia cantik, ada masa macam lame. Ia bergantung dimana anda berada, ada tempat yg tekstur grafik terlalu kurang, ada pula yg melebih2 tlampau cantik. Game ni mempunyai muzik latar yg perlahan. Tapi boleh dimaafkan. Animasi setiap karakter juga adalah baik.

Total blood bath.

Overall game ni mmg seronok. Sesiapa yg suka game cam Castlevania, God of war, Odyssey to the west, obscure, pa2 ja la asalkan berkaitan dengan hack and slash, game ni berbaloi utk dimiliki.

My Rating: 3.5/ 5.0
All images are subject to copyright.

My guitar has spoken!

Lagu ni saya suka sangat! So, ni lirik dan kod gitar (versi saya la). Kod gitar ni saya cari sendiri. Klu ada silap ataupun persamaan dari mana2 sumber apa boleh buat la kan. hehehe..


SEVENTEEN - Jaga Selalu Hatimu

Bm7     E                  A
Kau jaga selalu hatimu
F#                 Bm    E                   A
Saat jauh dariku tunggu aku kembali

A                     D
Mencintaimu aku tenang
A                    D
Memilikimu aku ada
Bm                                         E / E7
Di setiap engkau membuka mata

A                      D
Merindukanmu slalu ku rasakan
A                               D
Slalu memelukmu penuh cinta
Bm                                 E / E7
Itu yang selalu aku inginkan

D     C#m      Bm7               A
Kau mampu   membuatku tersenyum
D           C#m7    Bm                                A / A7
Dan kau bisa  membuat nafasku lebih berarti

cho:

Bm7     E                  A
Kau jaga selalu hatimu
F#                 Bm    E                   A / A7
Saat jauh dariku tunggu aku kembali

Bm7       E           A
Ku mencintaimu selalu
F#                   Bm               E7            A
Menyayangimu sampai akhir menutup mata

D     C#m      Bm7              A
Kau mampu   membuatku tersenyum
D           C#m7  Bm                                A / A7
Dan kau bisa  membuat nafasku lebih berarti

ulang cho 2x

Kau kau jaga selalu hatimu

Monday 10 October 2011

Adventure!

Salam..

Maaf sbb tidak update blog ni. Baru2 ni saya betul2 sibuk, ada mikroteaching, makroteaching, kajian lapangan dan sebagainya. Hehe..
Ok, ckp pasal kajian lapangan ni, hari khamis & jumaat yg lalu kelas kami telah mengadakan kajian lapangan di Taman Bukit Tawau a.k.a Table (or Tabel?). Tulah nama dia. Kajian ni diadakan sempena mengisi masa lapang kami disamping untuk memenuhi proforma dalam kursus biodiversiti. 

Mulanya rasa rugi sebab perancangan yg dibuat sebelum ni bukan mau p Table, mau p Lembah Danum. Disebabkan pelbagai masalah teknikal yg tida dpt dielakkan so terpaksa la p Table. Dalam banyak2 aktiviti yg kami buat (tidur, mkn, bejalan, tidur, makan dan sebagainya) aktiviti melawat ke air terjun adalah yg paling best. 

Bukan best sbb dpt tingu air terjun, best sbb perjalanan p air terjun tu sangatla mencabar. Ngam2 masa kami bertolak ke air terjun tu hujan turun dengan lebat, kilat sabung menyabung, angin bertiup kuat.. ceh, melebih2 pula saya ni. So, dipendekkan cerita..[klik gambar utk lihat lebih jelas]


Memang sengsara jg la kna serang pacat. Ni la kali pertama saya diserang secara bertubi2 oleh pacat2 durjana tu semua. Sblm ni pernah juga tp nda la bertubi2. Tapi tida pa, lain kali sa mau pg lg! Adventure! Tapi bukan di Table la, tmpat lain sudah. :P

Wednesday 5 October 2011

Penanggalan

Adus, semalam mimpi saya buruk betul. Mimpi antu datang. Nightmare! Cis, nasib baik mimpi, klu betul memang meninggal trus saya bersama2 mimpi tersebut (palis2).

Cakap pasal antu2 ni, pernah ka kamu mengalami perkara2 macam ni? Tida kisah la nampak antu ka, di pegang antu ka, menerajang antu ka, becinta dgn antu ka.. Yg penting berkaitan dengan antu2 la. Sebenarnya banyak pengalaman saya yg berkaitan dgn antu2 ni. Tida pasti la pula klu setakat perasaan saya ja ka ataupun antu2 tersebut yg perasan.

Tida kisahla kan sapa yg perasan tapi yg penting pengalaman2 yg telah saya timba tempuhi memang menyeramkan, menakutkan, kadang2 boleh buat muntah juga sebab menyampah. 
Teringat masa muda2 dulu (masa sekolah rendah) di mana kampung kami masa tu heboh pasal antu penanggalan (balan-balan bagi penduduk sabah). 

Dikatakan masa tu terdapat beberapa pendatang asing (pilak) yg diambil bekerja oleh salah seorang penduduk kampung kami (untuk tabasan la tu) mengamalkan ilmu hitam balan2 ni. Gempur lapan satu kampung pasal balan2 ni. Apalagi masa tu terdapat salah seorang makcik kampung yg sarat mengandung. Makcik tu pula dianggarkan akan beranak dalam masa 2 atau 3 hari lagi. Apalagi, semua cemas, semua panik, tidak kurang ada juga yg geram entah kenapa.

Persediaan untuk menyambut kelahiran anak tersebut dibuat dengan rapi. Sempat jugala saya melawat rumah makcik tu. Segala pantang larang nenek moyang dituruti. Jendela rumah makcik tu diletakkan jaring, batang limau kasturi diletakkan di sekitar rumah. Ini semua dilakukan untuk menghalang kegiatan pecah rumah yg digemari oleh balan2. Guard2 dilantik oleh JKK kampung. 

Batang2 limau dihias dengan kreatif di sekeliling rumah.

Bila ditanya, "napa makcik tidak pergi hospital saja?"
"Makcik tak biasa la guna bidan hospital, sdh 9 org guna bidan kampung, makcik mau bidan kampung saja."

Ceh! veteran la kunun. Bukan selalu bah makcik.
Maka selamat la makcik tu diberanakkan. Masalah lain pula yg timbul, dorang kata balan2 tu tidak puas hati sebab tidak dapat 'makan'. Saya pula tidak peduli sangat cakap orang ni. Ego la katakan. Rasa kuat sudah.

 Terdapat guard2 yg terlampau bersemangat.

Jadi alkisah pada hari seterusnya (selepas malam makcik tu beranak) perut saya ni buat hal, dari pagi mau ke tandas ja. Pagi p tandas, tengahari p tandas, petang p tandas.. setiap 2 jam mau p tandas lagi tu! Taandas ja. Buring suda sa p tandas hari tu. Sudahla time tu tandas kami jauh dari rumah, perlu meredah onak dan duri dulu baru sampai tandas. Maklumla masa tu belum maju kan. Adaka patut tengah malam tu perut saya menuntut p tandas. Mau tidak mau terpaksa la saya turutkan, meredah la saya onak dan duri sambil angkat air dalam baldi, pada jam 1 pagi tidak berbaju (entah napa malas betul mau pakai baju masa tu).

Tandas kami memang seram dan terpencil.

Bunyi-bunyian pelik dari luar tandas membuatkan saya berasa seram. Terbayang2 ni ekspresi muka tu balan2. Balan2 ja yg paham degupan jantung saya masa tu. Rasa macam saya sedang diintai juga tp saya tidak peduli. Siap ja melabur*, sebelum keluar dari tandas tu saya intai dulu keadaan di luar melalui celah lubang pintu. Ya, pintu tandas kami masa tu memang berlubang2 (kecil saja). Apa boleh buat la kan. Berguna juga tu lubang2.

"Yes, selamat! Hehe.. Keluarla.."

Dengan degupan jantung berfrekuensi tinggi saya melangkah keluar dari tandas. Tiba2 bulu roma seluruh badan saya meremang dengan mendadak.

"Shhhst.. haaaahh.. Shhhhsshsst.. haaaahhhhh.."

Bunyi nafas yg bertenaga entah dari mana, terasa betul2 dekat telinga saya. Hembusan nafas tu juga terasa betul2 di bahu saya. Bunyi ular ka? Ada ular di telinga sa ka apa ni? Teringat pula org2 tua di kampung ada cakap klu balan2 betul2 dekat dgn kita, begitula la bunyi dia. Tidak kisah la macammana dan kenapa bunyi dia macam tu tapi tu la yg saya dengar. Macam mau juga toleh p belakang tengok betul ka tidak tapi balan2 tu ja yg tau betapa menggeletarnya tubuh saya masa tu.

Sekali lagi, kali ini dengan penuh nafsu serakah.
"Shhhsssshhst.. haaaahhhh.. Shhhhsshsst.. hhaaaahhhhh..!"

Terbayang di kepala saya balan2 tersebut sedang mengangakan mulutnya dengan luas!

Kadar degupan jantung saya meningkat, adrenalin dirembeskan. Saya membuka langkah beribu-ribu. Onak dan duri saya ratakan, selipar saya hilang di tengah larian. Rasa macam lari atas angin. Rasa juga macam ada yg terbang ikut di belakang.

Sapa la yg tida tekejut kan. silaka.

Sampai ja di tangga rumah saya pun menoleh ke belakang. Tiada pa2 juga punn.. Cis..
Pintu tandas (yg tadi saya lupa tutup) tiba2 tertutup secara mengejut dengan bunyi yg kuat (bayangkan org yg sedang marah menutup pintu). Begitulah pintu tandas tu ditutup. Ada benda sedang terbang dengan laju ke arah pokok di belakang tandas kami. Punyala.. tu balan2 marah saya ka apa ni.. 

Apa salah saya? Hah? Saya p tandas saja bah! Silaka punya balan2!

Malam tu saya tidur dalam ketakutan. Yalah, takut2 klu dia p melawat saya melalui jendela kan. Keesokkan harinya perut saya tidak meragam lagi. Demam pula datang melawat saya.
Rasa macam tidak percaya, macam percaya juga. Betul ka ada balan2? Klu betul ada, saya harap pengamal ilmu tersebut dijahanamkan oleh ilmu dia sendiri. Saya masih trauma sampai sekarang, saya trauma dengan tandas yg jauh dari rumah. Nasib baik tandas kami sekarang tidak begitu lagi.

Apa2pun, berhati2 la anda diluar sana!

Tuesday 4 October 2011

Abysmal

Today was very cloudy, pagi tadi sudah hujan. Sejuk, p kuliah pun mamai2. Rasa macam mau tidur ja sepanjang hari. Tapi bila dah sampai di asrama, mata memang mengantuk, tangan pula begegar2 mau main game. Ish! Game ja ko ni udin! Apa boleh buat, memang hobi dari lahir juga kan.

Tujuan entri saya kali ni juga pasal satu game RPG ni. Two Worlds 2. Game ni macam best kalau kamu jugding from the title. Best betul ka game ni? 


Game ni tidak best! Jangan kamu beli!

Story: Cerita game RPG ni borrringg.. Terlalu straightfoward. Boring betul, cutscenes (yg boring) tidak boleh skip. Setiap karakter yang anda jumpa dan berinteraksi tidak mempunyai riak muka (bercakap, kesakitan, kegembiraan tapi muka tiada emosi @ tidak berubah). Memang menyampah la klu kamu nampak sendiri. Tidak boleh skip lagi tu! Tiada motivasi yang boleh didapati oleh pemain untuk menyelesaikan quest2 yg diberi. 

The character moves so fast on foot and it's kinda annoying. But when he's on horse? He moves like a jet plane and crashed like one.

Gameplay: Combat mechanics dalam game ni adalah lame. Animasi karakter semasa bergerak, memukul, memanah adalah berada pada tahap yg sangat mendukacitakan. Soo unrealistic. Sudahla cerita boring, animasi pun boring. Sistem inventori juga mendukacitakan, terlalu sedikit item yang boleh dibawa oleh karakter (not satisfies 2011 RPG game standards). Ops! anda juga tak boleh build a character from scratch. Anda hanya boleh mengubah ketinggian, kelebaran* dan warna kulit Pre-set character sahaja. Boring!

Die! Die from my boring sword!

Sound: Inconsistent background music. Muzik latar boleh berhenti secara tiba2 dan bertukar secara tiba2.  Transitions antara muzik tidak wujud. Kadang2 saya terkejut apabila muzik latar bertukar secara mengejut. Sound effects (contohnya bunyi pedang berlaga) juga tidak konsisten. Terdapat delay di antara bunyi dan motion pada skrin, anda nampak pedang berlaga, dan bunyi pedang berlaga itu baru keluar apabila musuh anda sudah mati. Very annoying.

The game world are huge, and very glitchy.

Graphics: Well, graphics department in this game is good. Grafik game ni memang hebat. Semua dilakukan secara terperinci, cantik. Namun yang demikian game terdapat juga sesetengah tempat where textures pop-up (cth: ira kayu pada batang pokok tiba2 timbul), tetapi boleh dimaafkan.

Welcome to the boring town bebeh.

Overall game ni hanya bagus di pandang mata. Setiap tempat mempunyai pemandangan yg cantik dan boleh menjadi tempat idaman dan igauan kepada para jurugambar DSLR. But when it comes to story, gameplay and sound this game is a total lame. Ia tidak berbaloi utk dimiliki.

My Rating: 2.1 / 5.0 (abysmal)
All images are subject to copyrights.

Greatest Day

Today is a very important day.
It's my birthday.
Well, I'm getting old!
But, its alright. Everyone getting old right?
Thanks to all my friends, for reminding me,
Especially to my family,
and Cik Hani. Cause I actually have forgotten it. Hahaha!
May Allah bless u all!


Dead Space 2

Dead space 2 


Woot! Permainan ini adalah permainan paling brutal + bloodthirsty + horror + best story yang saya pernah main setakat ini. I played this on my Xbox 360 console and, man.. What a blast!

 Come on bebeh!

Story: This is the best horror story i've ever played! Ok, Silent Hill mungkin lebih abstrak and more twisted, tetapi jalan cerita game ni  lebih menarik (a little too straight foward may be). But i like simple story, senang nak faham.

Shoot the glowing limbs!

Gameplay: Gameplay masih sama dengan Dead space 1. Aim and shoot the limbs. Pemain di kehendaki untuk memutuskan sebanyak yang mungkin anggota tubuh badan makhluk mutan (or cursed?) untuk survive. Dari segi upgrades, memang banyak yang telah ditambah oleh developer. Yes! ultimate suit! dengan suit ini necromorphs (nama suku kaum mutan dalam game tersebut) di bunuh dengan senang sekali cam bunuh semut. hahahahaha! *evil laugh*

Sesetengah necromorph akan trigger quick-time event di mana anda dikehendaki menekan prompted button dengan laju!

Graphics: What i can say? This game satisfies 2011 game graphic standards. Blood is everywhere! (including limbs) This game is an art.

It's the boss. It's an art.

Secara keseluruhannya, sesiapa yang mempunyai *solid PC rig, Xbox 360 atau PS3 dan belum try Dead Space 2 memang perlu main game ni. Dont miss this great game!

My rating: 4.8 / 5.0
All images may be subject to copyright.

Monday 3 October 2011

Gaming to da max

Salam semua..

Kamu tau saya ni memang suka main video game. So pakai benda apa sa main game ni? Laptop? Kamu ni.. Pakai tangan la. LoL ~

Sebenarnya bukan tangan saja, ada lagi benda lain yang membantu, contohnya ialah seperti telinga, mata, otak, kerusi, peluh ketiak dan lain-lain. Ceh! itu semua orang pun tau!

Sebenarnya benda ni, which i call a beast (among the beast), ialah Xbox 360 (Ps3, Wii) yang telah  membantu saya dalam menempuh cabaran dan dugaan dalam sesebuah game.

Woot at my HD 3D gaming device! That's why i call it the 'Beast!'. Although i don't have any 3D capable Tv or monitor. Well, that's a shame. The game on the screen is Dirt 3.

Memang syok jugala men game ni (when u really into it), apalagi bila main dengan kawan2. Fuh! Bepeluh2 ketiak depan skrin sebab tidak puas hati kalah (kadang2 saja) lawan Fifa 11. Memang la tidak puas hati, tuan rumah sendiri kalah. Tapi, biarlah.

Red dead redemption! Say hello to my avatar.

Cik Hani always blame me bila saya mengadu tidak siap assigment, "Tulah, len kali jan tlampau men game.. baru ko tau.." Mau buat macam mana lagi kan. Memang salah sendiri pun. Minta maaf cik Hani, terima kasih kerana mengingatkan.

Shadow of the Damned. It's more brutal, in High Definition.

Ok, dipendekkan cerita, Xbox 360 Elite saya ni menggunakan motherboard rujukan Jasper (yg tidak tau tu diam2), Samsung Monitor Full HD 1080p with HDMI ready (yup! Monitor, bukan TV), Full bass stereo sound (lepas ni saya mau guna 5.1 Dolby surround). Memang setting ni sesuai untuk pelajar asrama.. Ya, saya main benda ni di asrama! Biar la tu assigment saya!