Thursday 26 January 2012

Main sendiri, Syok sendiri.

Sebelum tu, pos kali ni tidak berkaitan dengan mana2 gejala yg tidak bermoral sedang berlaku pada masa ni. Sila kosongkan pemikiran anda sebentar dan teruskan pembacaan.

Siapa2 pun mesti rasa situasi ni:
Rakan sedang syok sendiri.
Rakan tidak mempedulikan anda yg sedang cuba bercakap dengannya.
Rakan tidak memberikan kerja sama.

Situasi ini berlaku kepada sa ketika sedang jamming (jam session). Ada seorang kawan saya suka betul show off skill gitar dia. Semua pun sudah iktiraf dia tu hebat tp jgn la tlmpau menunjuk2. kan.. 
Orang macam ni akan menjadikan jam session tu hancur. Lebih2 lagi masa dia syok sendiri tu banyak di antara kami yg tidak boleh terima bentuk muka dia (dia tlmpau feel main tu gitar).

Lebih kurang cam gini la muka dia. kin geli mo tingu lama2.

Bayangkan, kami sewa kedai jamming tu 1 jam, setengah jam tu habis utk dia show off ja. Orang lain pun hebat juga tp ndalah mo menunjuk2. Last2 dalam 1 jam tu 2 buah lagu ja yg kami dapat main. Rugi! Kamu tau ka sewa kedai jamming ni paling murah pun RM25 sejam. Memang rugi berabis la. Sepatutnya dalam 1 jam tu boleh main dalam 10 - 15 lagu.

Ramai kwn sa yg give up dgn perangai dia ni. Susah mau cari orang muzik yg berdisiplin sekarang. Yg dapat bagi kerjasama dan yg paling penting nda syok sendiri. Lebih baik jam dgn orang yg ada kerjasama walaupun kemahiran gitar dia nda berapa hebat. 

Lepas ni sa akan cari orang yg betul2 ada kerjasama utk bawa p jam session. Hmmph!

Thursday 22 December 2011

Bassist

Tidak lama lagi satu majlis hari keluarga secara besar-besaran akan diadakan d kmpung saya. Sebenarnya bukan ada kaitan dengan keluarga kami pun, keluarga orang lain. Diorang rancang laksanakan majlis tersebut tahun ni dengan diiringi muzik band, live band.

Mula2 saya nda kisah sangat la, suka hati dorang la mau buat karaoke ka, band ka. Kalau ada okestra lagi bagus. Tiba2 tadi jam 9.00 malam bersamaan dgn hari khamis dtg pula sms mo pinjam gitar elektrik (gitar karen) saya. Oleh kerana saya mengamalkan semangat rukun tetangga dgn besar hati saya pun bagi pinjam ja.

Masalahnya, dorang ada set drum ja. Gitarnya mana? Speakernya mana? Ha? Pemain pun tiada? Apalah diorang ni, angan2 ja tinggi. Terpaksa la saya dan kwn2 rock kapak yg lain dijemput utk main (utk pengetahuan, sa benci rock kapak, tlmpau jiwang to da max). Nasib baik la kwn2 yg lain ada gitar jg. Cuma gitar bass ja yg tiada.

"Udin, ko tiada gitar bass ka? Mana lengkap band tiada gitar bass."
"Tiada. Kamu tahu sudah tiada gitar, napa kamu mau buat live band juga..?"
"Ba, ko la tulung beli, ko kan banyak duit. hehehe"
"Ko ingat tu gitar mcm kui pisang ka boleh beli suka hati?"

Sikit lg sa mau flying kick dia masa dia "hehehe". Klu murah cam kui pisang ka, kui gelang ka bukan setakat gitar bass sa beli, kui karipap pun sa beli ba. 

Klu difikir2, memang ganjil la live band klu tiada gitar bass kan. Susah orang2 tua mo bejoget. Tengokla dulu mcmmana, klu ada rezeki, ada la tu gitar. Ngam2 lagi masa ni sa sedang gila seni bass. Buang duit lagi. haissh..

Kenapala ko mahal ah?