Friday 30 September 2011

Ada sesuatu di jendela saya! 3 am?

Beberapa malam yang lalu, entah napa saya lambat betul tertidur malam tu. Jam pun sudah menunjukkan 1.30 pagi tapi mata masih belum lelap.Sambil baring-baring dengar mp3, lebih kurang jam 2 lebih gitu saya pun tertidur. 
Mimpi malam tu syok betul tapi tak boleh bagitau.. hehe..

Ngam2 katil saya tu pula dekat jendela.huhu

Namun mimpi saya yang suasananya riang gembira (saya ketawa2 dalam mimpi malam tu) terhenti apabila saya terjaga akibat terdengar suara orang menangis.Pada mulanya saya fikirkan suara menangis tu adalah bunyi sampingan hasil daripada dengkuran rumate. 
Saya pun perhati la rumate yang sedang tersenyum masa tidur (mengigau la tu) tapi ternyata bunyi tersebut bukan hasil daripada beliau. 

Bunyi tersebut datang daripada tingkap. Tingkap saya pula terbuka luas (nasib baik ada palang besi).

"Takkan la ada guard yang sedang frust tengah malam ni, di tingkap saya lagi tu!"  masa tu degupan jantung saya menjadi semakin cepat, suara menangis tu pula semakin syahdu dan mendayu-dayu. Suara dia betul2 minta kesian (mcm org kelaparan) tapi dalam masa yang sama sangat seram dan annoying.

Ok, oleh kerana tingkap saya terbuka luas, saya pun tdk berani mau cek, takut2 masa syok2 tengok di luar tingkap silap2 nanti sumber yang menangis tu menyergah saya sambil mengeluarkan lidah yang panjang (dan beralun) serta bergigi taring. Gilaka?

Apakah perasaan anda apabila disergah oleh hantu seperti di atas? Adakah anda turut sama muntah?

Memang seram dan menakutkan betul la malam tu. Saya tdk sedar jam berapa sudah tertidur. Suara tangisan dia masih segar dalam ingatan saya. Harap-harap lepas ni tiada sudah. Kalau adapun, harap2 guard la yang menangis. Jangan yang menangis tu adalah seperti dalam gambar di atas atau lebih teruk lagi.

p/s: woi, kalau ya pun mau menangis, nangis la siang2! ndapun di tingkap org lain ka. Ini.. punyala.. silaka.

2 comments:

  1. hohohoh, siok o baca. mcm cerpen la pula. trus ending dia kn cam ni "bersambung...." lol :P

    ReplyDelete