Thursday 26 January 2012

Main sendiri, Syok sendiri.

Sebelum tu, pos kali ni tidak berkaitan dengan mana2 gejala yg tidak bermoral sedang berlaku pada masa ni. Sila kosongkan pemikiran anda sebentar dan teruskan pembacaan.

Siapa2 pun mesti rasa situasi ni:
Rakan sedang syok sendiri.
Rakan tidak mempedulikan anda yg sedang cuba bercakap dengannya.
Rakan tidak memberikan kerja sama.

Situasi ini berlaku kepada sa ketika sedang jamming (jam session). Ada seorang kawan saya suka betul show off skill gitar dia. Semua pun sudah iktiraf dia tu hebat tp jgn la tlmpau menunjuk2. kan.. 
Orang macam ni akan menjadikan jam session tu hancur. Lebih2 lagi masa dia syok sendiri tu banyak di antara kami yg tidak boleh terima bentuk muka dia (dia tlmpau feel main tu gitar).

Lebih kurang cam gini la muka dia. kin geli mo tingu lama2.

Bayangkan, kami sewa kedai jamming tu 1 jam, setengah jam tu habis utk dia show off ja. Orang lain pun hebat juga tp ndalah mo menunjuk2. Last2 dalam 1 jam tu 2 buah lagu ja yg kami dapat main. Rugi! Kamu tau ka sewa kedai jamming ni paling murah pun RM25 sejam. Memang rugi berabis la. Sepatutnya dalam 1 jam tu boleh main dalam 10 - 15 lagu.

Ramai kwn sa yg give up dgn perangai dia ni. Susah mau cari orang muzik yg berdisiplin sekarang. Yg dapat bagi kerjasama dan yg paling penting nda syok sendiri. Lebih baik jam dgn orang yg ada kerjasama walaupun kemahiran gitar dia nda berapa hebat. 

Lepas ni sa akan cari orang yg betul2 ada kerjasama utk bawa p jam session. Hmmph!

1 comment: