Saturday 10 December 2011

Kalkulator

Pernahkah kamu jumpa org yg sangat suka berkira pasal duit tahap kritikal di mana tahap tersebut membuatkan kamu menyampah dan menjadi kenangan pahit bagi kamu?

Sa pernah dan selalu jumpa orang mcm ni.  En. K yg selama ni merupakan kwn sa sejak dari tingkatan 1 punyai perangai sebegini. Dulu masa kami muda2 nda perasan betul la perangai dia ni. Perasan juga, tapi masa tu bukan sa yg kena. En. K ni suka jadi bendahari sukarela.

Ok, satu situasi yg membuatkan sa menyampah tahap dewa ialah ketika sa terserempak dengan En. K dan rakan2nya yg sedang memanggang ayam, ikan dan sebagainya di rumah diorang. Masa sa sampai tu, diorang sudah siap panggang apa yg patut, tinggal makan lagi la. Sa nda join pun diorang makan, tau malu juga kan sebab mana boleh tiba2 p mendaftar mau makan sedangkan nda buat apa2 tolong diorang panggang ayam.

Tiba2 lepas siap makan tu, En. K datang duduk di sebelah sa.

"Din, ko ada RM5?"
"Utk apa RM5? Sa tiada bawa duit ni sekarang."
"Aii.. takkan ko nda tau, harga tu ayam, arang dan sebagainya tambah tolak semua RM5 setiap seorang la."
"HAAA...?"

Sa tiada pun makan ayam, cium asap ada la. RM5? What the hell?
Lama kami berdebat, En. K ckp dia ada nampak sa makan tadi. Mana ada! Malas mo buat masalah, sa bayar RM5 dengan bibir muncung. Dengar2 rakan2 yg lain byr lebih mahal dari sa sebab dorg makan ayam, sa pula makan asap ja.

Nda lama lepas tu, dia ada ajak lagi mau buat aktiviti panggang2 ayam ni. Tapi, ish.. nda mau la. Nanti garam pun dia kira. Sedangkan asap ja pun harga RM5 sudah. Kalau makan ayam entah berapa la dia minta nanti. Tuhan ja yg tau.

Banyak sudah rakan lain yg jadi mangsa dia ni. Semua pun menyampah dengan perangai dia. Apa2 ja aktiviti, sewa padang bola utk futsal? Merana pemain2 bola yg terlibat sebab kena tagih hutang dengan harga yg tidak berpatutan. Ni belum kira trip jauh pergi memancing dan aktiviti2 lain. Pendek kata, apa ja aktiviti yg melibatkan pungutan duit dan melibatkan En. K memang buat orang menyampah.

Orang lain yg mengenali perangai dia sangat la menyampah sampai En. K digelar kalkulator bergerak atau buku hutang bergerak. 

Panggang sosej mcm ni En. K cas setiap seorang RM4. (8 orang, 5 bungkus sosej, RM2.90 setiap satu). WTF?

Sampai la sekarang, En. K tidak didaftarkan ke dalam mana2 aktiviti yg melibatkan duit. Peranan En. K sebagai bendahari utk apa2 aktiviti telah digantikan oleh orang yg lebih berkelayakan. Sa serik jumpa orang macam ni, terlalu berkira dan suka mengambil kesempatan. Jangan jadi mcm En. K.

2 comments:

  1. huhu sy pn pernah kana, mimang bikin panas urg begini..

    ReplyDelete
  2. super lol! but i like it. bnyk sda yg ku temu begini.. lebih2 lg "org" yg sgt suka berkira... hahaha

    ReplyDelete